BLOG BARU
Posted by soyob on 22 September 2010
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by soyob on 21 September 2010
Bermula dari 21 hingga 23 September 2010, murid tahun enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun UPSR. Setiap murid tahun 6 akan menduduki UPSR. Hanya sekali dalam seumur hidup kita menghadapi UPSR. Selama enam tahun belajar di sekolah rendah kita akan diuji dalam UPSR. Disitu kita akan lihat kemampuan kita samada mendapat keputusan yang cemerlang atau sebaliknya. Jika mendapat keputusan yang cemerlang akan terbuka luas peluang kita untuk menyambung pelajaran di sekolah yang lebih baik. Jika tidak kita hanya belajar di sekolah menengah biasa sahaja.
UPSR adalah penentu kejayaan kita di sekolah rendah. Oleh sebab itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Antara perkara yang menggembirakan ibu bapa kita ialah kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Bukan sahaja ibu bapa yang gembira tetapi guru-guru serta pentadbir sekolah juga akan gembira dengan kejayaan murid-murid.
Kepada murid-murid yang sedang menduduki UPSR, cubalah jawab soalan UPSR dengan penuh kesungguhan. Jangan hanya menjawab sambil lewa sahaja ibarat melepas batuk ditangga. Walaupun ada diantara murid tidak diletakkan dalam kumpulan murid target atau akan mendapat A, janganlah kecewa. Tunjukkan yang anda juga boleh. Murid-murid yang telah ditarget untuk mendapat A, cubalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan hampakan harapan orang lain. Tetapi murid-murid perlu jawab dengan bersungguh-sungguh. Pasti akan mendapat kejayaan dan tawakal.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Posted by soyob on 9 Ogos 2010
Tinggal beberapa jam lagi kita akan berpuasa. Tentu ramai yang gembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan ada juga yang takut menghadapi bulan Ramadhan.
Apa yang penting, setiap orang mesti faham akan kewajipan dan kelebihan bulan puasa. Antaranya ialah puasa merupakan rukun Islam yang ketiga, oleh sebab itu diwajibkan keatas umat Islam untuk berpuasa. Jadi pastikan syarat-syarat puasa dilaksanakan dengan betul, jika tidak kita hanya menahan lapar tanpa mendapat pahala. Kesabaran sangat penting dalam berpuasa kerana kita bukan saja menahan lapar dan minum tetapi juga menahan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti memasukkan dengan sengaja sesuatu benda kedalam rongga yang terbuka contohnya memasukkan jari ke dalam hidung.
Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat dalam tubuh badan manusia dapat diatasi. Jangan lupa keistimewaan bulan Ramadhan iaitu sembahyang Tarawih yang menjanjikan pelbagai pahala.
Kepada semua murid-murid dan umat Islam cikgu ucapkan “SELAMAT BERPUASA”. Semoga kedatangan Ramadhan ini di sambut dengan penuh keceriaan dan kesabaran.
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by soyob on 15 Jun 2010
Antara perkara yang disukai ramai ialah musim percutian. Bila musim cuti dah tiba pasti semua dah buat perancangan. Kalau tak buat perancangan pun, mungkin masa cuti digunakan untuk berehat. Cuma diingatkan, jangan buang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Gunakanlah masa cuti yang ada dengan melakukan perkara yang mendatangkan kejayaan. Bagi seorang murid atau pelajar, tidak ada cara lain selain daripada tabiat membaca akan memberi kejayaan. Jadi, masa cuti inilah yang patut kita isikan dengan membaca. Pastikan bahan kita hendak baca adalah bahan yang baik dan berfaedah. Bukannya bahan yang mendatangkan keburukan atau tidak berfaedah kepada kita.
Harapan cikgu kepada semua murid-murid cikgu dan semua murid amnya, jadikanlah amalan membaca pada masa cuti ini sebagai salah satu perancangan kita pada musim cuti.
Jangan lupa, jaga kesihatan dan keselamatan serta sentiasalah beramal soleh.

Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by soyob on 22 April 2010
Assalamualaikum dan salam perpaduan. Apa khabar semua? Diharap berada dalam keadaan sihat hendaknya. Di sini cikgu ingin memohon maaf kepada semua pelawat-pelawat kerana tidak membuat kiriman-kiriman yang baru.
Ini disebabkan oleh kekangan masa kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas berkaitan dengan sekolah di samping menguruskan hal-hal rumah tangga. InsyaAllah akan datang, akan cikgu aktifkan blog ini dengan lebih kerap dan sesuatu yang baru.
Diharap semua pelawat sentiasa melawat blog cikgu dan memberi sokongan yang membina dengan menghantar komen atau mesej.
Sekian, terima kasih..
Posted in Uncategorized | 3 Comments »