Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun
Pada hari Ahad 8 November yang lalu Kelab Bakti SKKD 2009 telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun dan Hari Keluarga. Majlis tersebut bermula pada jam 11.30 pagi tetapi terlewat sedikit disebabkan makanan lambat disediakan. Majlis itu diadakan di perkarangan tempat letak kereta.
Majlis bermula dengan ucapan wakil guru besar iaitu Tuan Haji Zulkapli. Ini disebabkan guru besar tidak dapat hadir ke majlis itu. Selepas ucapan Haji Zulkapli, majlis diteruskan dengan doa selamat oleh Cikgu Roslan. Bagi menghargai jasa guru-guru SK Kuala Dipang, sebuah kristal telah dihadiahkan kepada semua guru. Kristal tersebut akan membesar sedikit demi sedikit sekira disiram dengan air mineral. Guru-guru juga diberi hadiah cabutan bertuah antaranya tuala kecil, stokin, kain pelikat, selipar, flip flap dan bingkai gambar. Cikgu Din hanya dapat tuala kecil, boleh lap air mata je.
Setelah majlis penyampaian cenderahati selesai, semua guru menjamu selera dan majlis tersebut tamat lebih kurang pukul 2.30 petang.

Cikgu Hamdan merupakan orang kuat program ini.

Cenderahati Hari Keluarga SKKD 2009
on November 19th, 2009 at 4:36 am
pandai hg din…betul-betul fokus gambar kat poshbag cikgu hamdan…kehkeh
[Reply]